BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 18, 2009

Diari Camping

Jumaat - 16/10/2009

Jam 10 aku keluar rumah untuk beli barang dengan faredzuan. Naik motor pegi k4. Habis shopping dalam jam 12 juga. Sampai rumah aku packing barang2. Lepas tu solat jumaat dan lepak2 dulu. Lepas asar arif amik aku ngan faredzuan. Singgah kedai mamak dulu bantai teh o ais. Lepas tu kiteorg gerak nek van berenjin lamborghini. Sampai2 da maghrib pasal jam. Kalau kat hutan sure da gelap habis. Kiteorg pasang arr khemah dulu. Dalam gelap dok meraba2. Nasib ter raba ular ke gajah ke. Huhu. Then kiteorg solat kat surau. Lepas solat tu balik semula ke khemah untuk masak makan malam.

Aku pun masak la. Xde pengalaman memasak. Selalu masak kat umah mak mesti ada kat sebelah. Bila da xde sure k.o la masakan aku. Bedal jela. Masak sardin ngan nasi. Cikgu kritik nasi aku, kutuk aku masak macam nak bagi anak dia makan. Ceh. Nasi dak pengakap lagi lembik. Lepas masak nasi aku masak sardin. Ingat nak tambah garam skit je. Last2 terjalak. Nasib x masin sangat. Huhu. Da kebulor, kiteorg melantak jela. Lepas makan, kemas2 sat, pastu baring2 nak rehatkan badan. Arif ajak lepak. 2 -3 org dak pengakap melayu join kteorg. Kteorg men game mengarut.hahaha.Pastu aku ajak arif balik khemah.Mata da kuyu. Tgh sdp baring, tiba2 terlelap. Lalu bermimpilah aku........


Sabtu - 17/10/2009
Pagi- Petang

uwaaah...aku baru bangun. Tengok jam da kol 6.30. Sambung balik tido. bangun balik, tgk jam da kol 6.45.kelam kabut g surau nak solat subuh.lepas solat tu aku p la masak. Pagi tu masak nasi goreng, but nasi goreng yg x berapa menjadi. Nasi lembik la plak. Aduhai, Fail aku masak nasi nie. Member aku komplen but aku jwb dengan jawapan yang sangat sesuai - "senang telan"- tu la jawapan aku.haha. Sengal gila. Lembik2 pun habis duh nasi tu. Then kteorg terjun sungai. Kteorg x mandi sangat. kteorg slalu men batu. haha. keje bodo. Da bosan men batu. Kteorg jenjalan. Da bosan balik semula kat khemah. Lepak ngan arif. Lepas tu arif mnx kteorg lalu kat denai hutan. Nak tau tembus kat mana coz nak bawa dak pengakap berjalan kat denai tu. Aku ngan Fared g la berdua. uih .seram duh kalo jalan berdua. Nasib x kene sorok ngan bunian. Kalo x , da kawin aku ngan putri bunian kut. Haha. Jalan punya jalan.. Langkah punya langkah.. x sampai2. Macam2 bunyi ada. Rasa cam ada orang follow je belakang aku. Ceh. Nasib aku nie berani. teruskan perjalanan. tiba- tiba.......

Ada pokok tumbang. Besaq plak tuh.ceh. kacau jalan aku. kteorg pun bermesyuarat. Mesyuarat punya mesyuarat, kteorg putuskan patah balik coz pokok tu besaq kut. kalau ada parang senang la nak potong. Kteorg pun pulang ke khemah dan melaporkan kepada arif. Balik2 da tengah hari. So, aku pun p la amik dapur nak masak. Masak nasi dulu..nasib nasi aku menjadi. tapi, lepas masak nasi tu gas plak habis. Aku da garu pale da fikir cemana nak masak sardin ngan sayur. Fikir2, last2 aku pakai dapur bara. Sakit uh nak hidupkan api. Nasib pinggang aku x patah. Kalau ada mesin urut ogawa tu, pergh, layan je. Lepas hidup api tu, aku masak sardin. Lepas masak sardin tu, aku masak special menu . resepi sendiri kut. kentang tumis hutan. hahaha. Sedap uh. sian arif x dpt rase . *xpe arif,nek gunung t aku masakkan . Lepas makan kteorg solat zohor then terjun sungai. Pergh, nikmatnya malaysia. dapat layan blues kat sungai.haha. Lepak kat sungai sampai asar . then solat asar, lps solat tu, balik khemah balik pastu pengsan. Penat duh....

Sabtu - 17/10/2009
Malam- Pagi

weh2, bangun. arif kejutkan aku ngan fared. tgk2 da maghrib. aku tukar baju n then g solat maghrib. time 2 tgh mamai. time solat aku jadi imam. tgh baca surah at-tin *xslp aku, tiba2 termasuk surah al-baqarah. aku da pelik. aku bace balik.then rakaat kedua pun ada silap gak. Aku baca surah al-asr. tgh baca2 leh lupa lak ayat ke-3. Ceh.mengantok punya pasal.huhu. then lepak situ sampai isyak. Masuk isyak kteorg solat la.xelok lewat2kan solat.hehehe. nasib la xde salah time solat isyak tu. Aku ngan fared balik semula kat khemah. Then ajak arif tolong masak sekali. Malam tu kteorg masak nasi goreng kampung + sardin. Malam tu, kteorg masak 2gether. Selalunya aku masak sorg. Mungkin berkat masak berjemaah kut, masakan kteorg malam tu sedap.hehe. Kenyang habis.

lepas tu kteorg borak2 la dlu kat khemah sementara tggu dak pengakap habis malam kebudayaan.lepas tu arif ajak pegi jenjalan.katanya nak dengar bunyi2 yg ada memalam tu.pegi la jenjalan.gelap lak tu.aku da rasa len macam.sampai kat satu tandas arif ajak patah balik.time patah balik bulu roma meremang jea.fared pegang lampu suluh makin lama makin laju.then kteorg smpai kat khemah. kteorg lepak kat port pengakap,time tu dorg da hbs program. Dak pengakap kelana wat bbq lak an. Kteorg pun join sekaki la. Borak2. pastu arif blah coz dia p amik barang.kteorg melantak la mkn ayam.tggu arif punya la lame.lepas makan tu kteorg blah. Pegi jumpa arif. Dia tgh menolong apek wat milo.Apedaa apek tu.wat air milo pun x reti ke. Lepak kat khemah.layan blues.then terlelap..

tgh sdp2 tido.fared kejutkan aku.aku pun bangunlah.dengar bunyi hujan kat luar.aku tnya fared "apesal hah?" .dia ckp tingkap khemah x tutup.dia suh aku plak.cis.jebon ko.pemalas sungguh.aku dengan berat badan kuar la khemah.tingkap kiri bleh tutup dengan baiknya,but tingkap kanan aku tutup x betul coz xdpt buka talinya.fared bising2.ciss.pemalas ko.p la tutup sndiri.aku kuar balik.hujan mmg lebat.tingkap plak masalah.sape tah ikat. *padahal aku ikat . aku bengang aku sentap terus ok. Masuk2 khemah tukar baju. tgh duduk2 rasa basah plak.tgk khemah bocor..argghh.bengkek aku.lap2 air tu.masuk lagi banyak .aduh.aku da mls nak lap aku tido jela.Ngantok punya pasal. *tido duduk. jam 5 sedar hujan da stop.khemah mmg da banjir.aku ajak arif tido kat van dia.Aku tido kat belakang, arif tdo kat depan, fared kat tgh van......

Ahad - 18/10/2009

dang.dang.Arif bangun!!!.zap.aku ,fared ngan arif terjaga.ceh.makcik nie, terkejut aku. *mak arif. time tu bdn lemah gila.mata kuyu lagi.sambung balik tido.tido punya tido.aku terjaga balik.fikir2..rupanya aku x solat subuh lagi.kelam kabut bangun g surau solat subuh.balik dr surau , fared ajak aku mandi sungai.g la tukar baju. terjun sungai.menggigil aku.lepas mandi, aku g pack2 barang pasal nak balik daa.runtuhkan khemah n bersihkan pape2 yg patut.angkat2 barang campak dalam van arif then kteorg chow.sampai sri petaling singgah asfar dulu.makan2 jap *brkfst & lunch.then bru blk.sampai umah aku solat zohor then aku pengsan...........




P/S : maaf cerita x best

2 comments:

Mawaddah Mohamad Nadzir said...

kembara diari paling best pnah dibaca,...
sgt2 best..
len kali wat lagi ek..
jeles je xdapat g..

S.F said...

ahha.
yeke?
maaf sy x pandai bercerita.
insyaAllah.
Akan di kisahkan lagi pengalaman sy nanti.